Nuffnang Ads

Teman Setia Ikryas

Pengunjung Ilham Karya Sari

Isnin, 22 November 2010

2.) KAYAP 'SIMPLEX'

Terdapat dua jenis kuman kayap 'simplex' yang dinamakan Jenis I dan Jenis II.
Kayap 'simplex' Jenis I menyebabkan jangkitan pada kulit. Kayap 'simplex' Jenis II kebanyakannya menyerang organ seks.
Kayap Jenis II ini lazimnya adalah penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin dan tidak akan dibincangkan dalam rencana kali ini.
Kayap 'simplex' adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh kuman yang paling kerap menyerang kulit.
Penyakit ini juga sering menyerang orang lelaki dan biasanya terdapat di negara negara yang beriklim tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk.
Adalah didapati kira-kira 60 peratus daripada orang-orang dalam sesebuah negara ini mengidap penyakit kayap 'simplex' ini dan juga menjadi pembawa penyakit ini di sepanjang mereka.
Sebagai perbandingan, walaupun kejadian penyakit ini agak jarang berlaku ke atas orang-orang di sini tetapi kejadiannya semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jangkitan berlaku ke atas seseorang buat kalinya dalam hidup seseorang dalam masa lima tahun yang pertama. Ini dinamakan 'Jangkitan awalan' dan ia juga boleh berlaku bila seseorang itu telah dewasa. Mungkin Jangkitan awalan ini berlaku dan berlalu tanpa diberikan perhatian. Bagaimanapun, lazimnya ia akan menjadi bertambah buruk sekiranya berlaku sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhannya.
Pada kebiasaannya, Jangkitan berlaku di bahagian keliling bibir ataupun pipi.
Rupanya ialah ruam merah yang bertompok-tompok dan kadang-kadang akan melecur.
Bila ruam itu telah melecur ia akan mengakibatkan 'ulcer' ataupun bisul kecil. Kerap kali kita mengidap 'ulcer' di bahagian dalam mulut, gusi dan lelangit.
Jangkitan Jenis awalan ini juga boleh menyerang mata dan menyebabkan 'acute follicular conjunctivitis'.
Jangkitan awalan ini lazimnya akan mula reda dalam masa 10 hingga 14 hari, tetapi kumannya akan tertinggal dalam sel mulut.
Bila keadaan kesihatan terganggu dan tubuh badan menjadi lemah, maka kuman itu akan mula bertindak untuk menyerang semula.
Jangkitan kali kedua ini digelar 'Jangkitan kedua' dan berkemungkinan akan berlaku beberapa kali untuk tahun-tahun yang akan datang.
Bagi ruam dan kulit yang melecur dan yang lebih kecil akan sembuh dalam masa singkat iaitu dari tujuh hingga 10 hari.
Kesakitan yang dirasakan juga kurang dan bagi Jangkitan awalan pengi-dapnya tidak merasakan sebarang kesakitan.
Rawatan bagi Jangkitan kayap 'simplex' agak sama dengan rawatan Jangkitan kayap ular, iaitu mengurangkan kesakitan dengan pil dan mencegah Jangkitan bakteria.
Sebenarnya tidak ada cara yang paling berkesan untuk mencegah Jangkitan kedua kayap ini daripada berlaku berulang-ulang.
Setiap Jangkitan akan dirawat dengan cara yang sama bila berlaku.

ECZEMA,HERPETCUM
Kuman kayap 'simplex' juga boleh menyebabkan jangkitan kedua ke atas kulit yang rosak akibat eczema.
Kejadian ini sering berlaku ke atas bayi.
Lazimnya bayi ataupun kanak-kanak kecil mengidap 'atopic eczema' akibat berjangkit kerana terdedah kepada orang dewasa yang mengidap kayap 'simplex'.
Akibat jangkitan ini dinamakan 'eczema herpeticum'. Berlakunya ini mungkin akibat daripada suntikan cacar yang diberikan kepada bayi.
Anak itu akan mengidap deman yang tinggi dan bahagian yang berlaku eczema akan melecur buat selama seminggu ataupun lebih.
Kerana itu anak-anak yang mengidap eczema tidak sepatutnya disuntik dengan suntikan cacar dan hendaklah dilindungi daripada terdedah kepada sesiapa sahaja yang baru disuntik ataupun mengidap kayap 'simplex'.

Ini sesuailah dengan kata-kata:
Mencegah lebih baik daripada merawat.

Tiada ulasan:

Artikel Popular