Pelik tapi benar..., benar?.. macam tak logik.. yea ke?...tapi itulah yang saya lalui.
Hampir 7 tahun buat bekam, tidak pernah lalui pengalaman sebegini.... jatuh sakit selepas bekam sahabat Ilham Karya Sari.
Sahabat dari KL ini minta untuk buat rawatan kaedah bekam, memandangkan beliau selalu sakit kepala dan badan bisa-bisa. Telah bertahun katanya penyakit ini dihadapinya, pada anggapan beliau mungkin kerana tekanan kerja yg semakin bertambah.
Seperti biasa proses bekam dijalankan.... Masya'allah...subhanallah..byknya darah kotor yg keluar. Setiap kali buat bekam, saya akan menggunakan bekas sukatan darah supaya para sahabat yg berbekam boleh lihat sendiri darah kotor mereka. Darahnya melebihi hampir memenuhi bekas sukatan (90ml). Biasanya, paling banyak pun dalam 50ml - 60ml.
Selesai berbekam...11 cupping... bekas bekam kelihatan lain dari biasa. Selalunya, memang ada kesan bekam yg akan hilang dalam tempoh 3 - 7 hari. tapi bekas bekam sahabat ini, lain dan sangat berlainan.
Ketika bekam, saya dah rasa sakit kepala..tapi teruskan juga... bagi saya ianya prosedur biasa. Selalunya tak sampai seharian sakit kepala saya akan hilang sendiri.
Esoknya, hantarkan herba yg diperlukan sahabat yg berbekam itu.. beliau dah rasa ringan badan, tak sakit kepala lagi, dan beliau buat tempahan bekam sekali lagi ketika raya nanti. Tapi saya..masih sakit kepala.
Sakit kepala saya mula menjalar ke bahagian tengkuk dan bahagian belakang...masya'allah sakitnya...Allah saja yg mengetahui. Berlarutan hingga 2 minggu, hari dah hampir nak raya, saya tak boleh bangun... Dalam hati saya kata, tak boleh jadi ni..kena ikhtiar juga cara lain.
Suami saya bawa berjumpa orang tua yg faham. Setelah dimandikan saya untuk buang bisa...alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah. ..semakin berkurangan sakitnya. Tapi semua sendi-sendi lenguh dan dan sakit-sakit, seperti org baru lepas demam. Selepas 2 hari dan hingga kini, saya sihat semula.
Saya hubungi keluarga sahabat yg saya bekam itu, mereka akui memang ada beberapa perkara pelik dan kesakitan yg dialami sahabat itu telah berlarutan bertahun lamanya. di awal perkahwinan hubungan belaiu dgn isteri dan keluarga mertua sangat baik, tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dah mula marah-marah dan jadi tidak mesra dgn keluarga mertuaSaya membayangkan bagaimanalah sahabat ini boleh menanggung kesakita itu bertahun-tahun, sedangkan saya cuma terkena tempiasnya sahaja dah tak tertahan sakitnya.
Mudah-mudahan sahabat itu sembuh seperti sediakala, dan semoga hubungan kekeluargaannya semakin pulih.
Kenapalah mesti di sihir seseorang itu hanya kerana terlalu kasih..terlalu benci...terlalu cemburu... Redha dan terimalah apa yg kita terima dari Allah seadanya. Rezeki, jodoh, ajal dan maut itu ketetapan Allah, kita hanya mampu bermohon kepadaNya dan berusaha serta berikhtiar untuk mendapatkan yg terbaik.....Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan